Pengasas Homeopathy.

Christian Samuel Hahnemann merupakah Tokoh atau Bapa Perubatan Homeopathy. Beliaulah menjumpai dan mengasaskan sistem perubatan Homeopathy.Sistem ini dikenali sebagai “Undang-undang Seraksi” (The law of Similar).

Beliau dilahirkan di Meissen Saxony dekat Dresden, Jerman pada 10 hb. April 1755. Beliau merupakan seorang yang begitu istemewa, luar biasa ,cergas, pintar, mempunyai peribadi yang mulia ,berilmu pengetahuan yang tinggi dan berpengalaman yang luas .Di usia 22tahun ,beliau telah dapat menguasai dan mahirdalam bahasa Greek, Hebrew, Arab, Latin, Italy, French, Syrani, Sepanyol dan Jerman.

Sewaktu berumur 24 tahun beliau telah menerima Ijazah kedoktoran (MD) Allopathy.Melalui ilmu pengetahuan yang luas , sifatnya yang tekun dan rajin menjadikan beliau seorang doktor yang ideal serta disegani oleh kawan dan lawan. Beliau kemudianya diarahkan untuk menjawat jawatan sebagai “Senior of Surgeon” di hospital Dresden.Di samping itu beliau juga menjalankan latihan sendirian di satu kawasan yang kecil berhampiran Leipzic.Hasil ketekunannya bekerja , mengkaji dengan kemahiran yang ada, beliau bukan sahaja menjadi seorang doktor yang berdidikasi tetapi dikenali juga sebagaitokoh bahasa dan ahli kimia .

Namun begitu beliau sering kecewa dengan kerjayanya kerana terdapat banyak kelemahan pada sistem perubatan waktu itu. Ubatan yang digunakan sering gagal untuk menyembuhkan pesakit.Beliau tidak berkeyakinan langsung bahawa ubatan Allopathy itu dapat menyembuhkan dengan sempurna. Akhirnya beliau meletakkan jawatan kedoktoran dan beralih pekerjaan sebagai penterjemah buku-buku sains kebahasa Jerman. Sebagai seorang ahli kimia serta kegigihan penyelidikannya, beliau Berjaya menerbitkan sebuah buku yang masyhur

Waktu dalam proses penterjemahan buku“Kitab Materia Medica Cullen”. Dalam tahun 1790 inilah mula penemuan kaedah “ Serupa dengan Serupa Menyembuhkan “.Dalam bahasa Greek “Similla Similibus Curentur “.

One Response to Pengasas Homeopathy.

  1. Pingback: Faham Tentang Homeopathy « Refomasi Sihat's Blog ; Homeopathy

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: