Homeopathy Vs Allopathy

Hahnemann telah menerangkan bahawa perubatan Homeopathy tidak dapat melakukan perubatan jika penilaian dan penelitian secara persaorangan tidak dilakukan (individualistic).Nama-nama penawar atau ubat tidak boleh mempengaruhi pemberian ubat.Setiap anggota tubuh mempunyai hubungan rapat diantara satu dengan lain dan lahirlah apa yang dikatakan sebagai perasaan dan fungsi tubuh.Dalam merawat pesakit mestilah meliputi keseluruhan sistem tubuh .

Oleh itu setiap doktor Homeopathy sentiasa berusaha mengindividukan pesakit .Pesakit akan dirawat berdasarkan gejala atau symptom sakitnya secara peribadi.Gambaran yang lengkap ini akan menjadi petunjuk kepada ubat yang bersesuaian untuknya.

Perubatan Allopathy adalah rawatan konvensional atau ortodoks.Hospital dan klinik-klinik mengamalkan perubatan ini.Doktor akan memeriksa pesakit secara fizikal untuk menentukan nama penyakit yang dihadapi dan memadankan pemberian ubat tanpa mempertimbangkan keadaan bentuk tubuh (konstitusi), apa yang sedang dirasai oleh pesakit atau sebab-sebab terjadinya penyakit itu.

Allopathy berpendapat penyakit disebabkan oleh kuman atau virus yang menyebabkan penyakit tertentu.Sebagai contoh Antibiotik akan diberikan .Tetapi ubat ini berbentuk sementara dan terbatas .Pakar-pakar ubat (Chemist) sentiasa dari masa kesemasa akan mencari dan menyelidik untuk mendapatkan ubat yang mempunyai kuasa tinggi untuk membunuh kuman atau virus ini.Kajian demi kajian dilakukan terhadap pathologi penyakit tanpa menghiraukan keadaan pesakit itu.

Rawatan Komplementari, Homeopathy memberi ruang kepada pesakit untuk aktif mengendalikan kesihatannya sendiri.Pengelibatan individu itu sendiri untuk menyembuhkan penyakit dengan memahami apa yang berlaku kepadanya dan masaalah yang dirungsingkan.Pesakit akan diberi masa untuk menerangkan luahan rasa dan symptom yang lahir ini akan dipadankan dengan maklumat dari materia Medica tanpa sebarang spekulasi untuk mendapat ubat yang seraksi atau serupa

Bantuan ubat Homeopathy yang dipilih akan merangsang tubuh untuk mencapai penyembuhan keseluruhan, secara semulajadi, natural tanpa memberi kesan sampingan .

4 Responses to Homeopathy Vs Allopathy

  1. alina says:

    saya dapat tahu ader salah satu produk homeopathy iaitu Alfafa Tonic R95..adakah produk tu bebas dari alchol?
    atau produk tu bahaya untuk kesihatan??

    • homeopathy1 says:

      Untuk mengelakkan masaalah alkohol perawat homeopathy yang modern menggunakan mesin atau alat yang menggunakan kaedah fizik untuk membuat ubatan homeopathy sebagaimana yang kami gunakan

  2. Pingback: Faham Tentang Homeopathy « Refomasi Sihat's Blog ; Homeopathy

  3. gabinet psychiatryczny Kraków says:

    Understand what your options are group therapy universality allows you to advertise inn such a
    way.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: