Kebersihan Kekalkan Kesihatan

Air sangat penting di dalam kehidupan.Walaupun air mudah didapati disekeliling kita namun tidak ramai diantara kita tidak sedar akan kepentingannya.Apabila kita berbincang tentang kepentingan air didalam sistem biologi tubuh badan,sudah tentu ia merupakan  elemen yang paling penting untuk kelangsungan hidup manusia.

Tubuh badan manusia terdiri daripada 2/3 air,sesaorang individu  yang tidak minum air didalam beberapa hari akan maut disebabkan hidrasi.Air memainkan peranan  penting di dalam sistem tubuh badan manusia. Setiap sel dan organ didalam tubuh kita bergantung kepada air untuk menjalankan fungsi-fungsinya

Memandangkan air sangat penting didalam fisiologi tubuh badan kita,kita bertanggungjawab untuk mengambil 8 gelas air sehari. Air minuman haruslah bersih dan bebas daripada pencemaran.Ia adalah penting untuk mendapatkan kesihatan yang jauh lebih baik.

Air dipermukaan bumi kita telah tercemar dengan percemaran industeri dan percemaran alam sekitar.Individu  yang terdedah dengan percemaran ini akan mudah dijangkiti penyakit seperti risiko mendapat kerosakan hati,kanser dan lain-lain penyakit dalam masa panjang.

Beberapa contoh pencemaran utama didalam air kita;

1.Toksid logam ( plumbum, Mecury, Tembaga)  – memberi masaalah jangka panjang seperti kanser dan penyakit saraf  seperti tidak dapat memberi tumpuan fikiran atau ketidakupayaan untuk belajar yang serius

2.Mikrobiologi ( E.Coli,bakteria.parasit, virus,Spora)

3.Petro-Kimia (Racun herba, Racun perosak, Bahan pencuci,Ubatan yang diambil )-memberi masaalah jangka panjang seperti kanser dan penyakit yang tidak dapat di kenal pasti.

PEMILIHAN PENAPIS AIR YANG  TERBAIK

Dalam pasaran berbagai jenama penapis air  mungkin anda dengar dan  yang ditawarkan untuk anda.Banyak kaedah penapisan air seperti karbon di aktifkan,utralembayung,ozon, ionisasi,dan berbagai lagi namun cara ini kurang sempurna atau memuaskan.

Air Bio Pure R.O menekankan tahap ketulinan air bukan kandungannya.Penting adalah Kebersihanya.Zat galian dalam air tidak harus di anggap mencukupi bagi keperluan badan kita.

Air yang paling bersih  setakat ini adalah penurasan air dengan  menggunakan penapis RO (reverse osmosis system ) .Tiada Sistem  penapisan air lain yang boleh menapis bahan logam, bakteria dan virus, untuk menghasilkan air tulen sempurna (H2O),Mengapa membahayakan diri anda dengan meminum air yang tercemar yang tidak ditapis, semata-mata untuk mendapatkan sedikit zat galian.

Perlu di ingat zat galian dalam  air kebanyakkanya bukan organik dan jarang dapat diserap kedalam tubuh dan kandungan zat itu amat sangat kurang dibandingkan dengan  yang ada pada makanan baik.Jikalau zat galian tidak dapat di tapis bermakna logam berat dan bakteria juga masih ada dalam air itu,

Bebaskan diri anda dari pencemaran air minuman..Adakah anda yakin air paip yang  di bekalkan ke rumah anda benar-benar  bersih dan selamat diminum.?

Bio Pure disarankan untuk setiap rumah bagi menjamin ketulinan air yang diminum kerana terlalu banyak pencemaran sekarang ini . Sangat di takuti adalah kumbahan dari kilang dan racun rumpai yang mengalir dalam sungai-sungai yang kemudiannya air ini disedut untuk diproses ,Air ini akan dicampur pula dengan klorin .Ini adalah proses untuk menghasilkan air bersih walaupun kita tahu klorin memudaratkan kesihatan.

Jika ikan dalam akurium anda mati jika diisi dengan air paip…..bagaimana dengan sel ditubuh kita? Bukan kah seperti meminum racun …..mengundang kepada kematian senyap

Pakar kesihatan  mempercayai meminum air tercemar boleh menyebabkan pengerasan salur darah,artritis, batu buah pinggang,masaalah glaucoma dan katarak, kencing manis, gemuk, penyakit paru-paru dan banyak lagi.

Siri Bio Pure ialah suatu Sistem Penulenan Osmosis Songsang (R.O.)yang menyingkirkan hampir kesemua jenis pencemar termasuk virus sekecil 0.0001 mikrometer. Bio Pure KEN merupakan salah satu penerima daripada 3 penerima Cap Mohor Emas WQA seluruh dunia dan satu-satunya penerima di Asia. Ia juga memenangi anugerah di Pameran Antarabangsa Geneva dan Anugerah Jenama

Kekalkan Kesihatan Dengan Melakukan perkara berikut

1.  Untuk kebersihan diri sendiri

  •  Sebelum makan selalulah mencuci tangan dengan sabun atau bila bangun tidur  dan lepas buang air besar .
  •  Mandi dengan kerap bila cuaca panas, lepas kerja kuat atau berpeluh yang lama .Ini  akan mencegah diri dari kelemumur , jerawat , gatal-gatal dan miang . Bayi perlu dibersihkan selalu .
  • Gunakan kasut untuk alas tapak kaki .
  • Menggosok gigi setiap hari  atau setiap kali lepas makan .
  •  Gunakan pakaian yang bersih .

2. Pembersihan dalan rumah

  •  Jauhkan binatang-bintang dari rumah .
  •  Selalu menjemur selimut kepada chaya matahari , gunakan air panas untuk merebus pakaian .
  •  Jangan meludah merata-rata , bila batuk gunakan sapu tangan .
  •  Selalu membersihkan rumah , menyapu sampah dan membakarnya
  • Sebelum memakan buah-buahan , basuhlah terlebih dahulu atau dibuangkan kulitnya .
  • Hendaklah memakan daging yang telah dimasak dengan sempurna
  • Jauhkan makan makanan dalam tin yang sudah lama .
  •  Apa saja makanan yang telah berbau ada mengandungi racun
  • Kepada pesakit yang mempunyai penyakit berjangkit, asingkan dan disetrilkan barangnya sebelum orang lain menggunakannya .

3. Pembersihan kepada makan dan minum

  • Jika sekiranya air yang digunakan untuk minum tidak diketahui dari mana puncanya hendaklah ia dimasak terlebih dahulu .Ini adalah penting untuk mengelak dari terkena penyakit cirit birit. Air mata air atau air telaga walaupun ianya jernih , ia juga boleh menyebabkan penyakit . Jadi hendaklah ia dimasak terlebih dahulu tetapi unsur-unsur beracun tidak boleh di hilangkan .
  • Sekiranya sumber dari air paip , anda digalakakan  menggunakan sistem penapis air sebelum digunakan .Tahukah anda  bahawa disungai segala kotoran dari kumbahan,najis binatang atau manusia, air sabun atau bahan pencuci ,racun rumput atau bahan kimia  dari ladang dan toksid dari manusia  sendiri yang memakan pil darah tinggi , kencing manis, jantung, buah pinggang dan sisa perindusterian .Air disedut  dan diperoses semula , air bersih tetapi  masih tidak dapat menghapuskan bahan toksin , bahan kimia seperti racun rumput kerana tahap penapis yang digunakan  mengikut piawaian adalah 10 mikrometer dimana partikel seperti debunga, rambut, dapat ditapis tetapi ion logam berat ,garam, gula,toksin,virus, e-coli , darah sel,bakteria dan yis masih tidak dapat diuraikan , logam berat ini perlu ditapis kerana ia merupakan punca penyakit senyap seperti penyakit berjangkit, penyakit buah pinggang, atritis, sakit kepala, tekanan darah tinggi, penyakit kulit, barah, penyakit saraf, hepatitis
  • Jauhkan makan dan minum yang tidak tertutup .Elakkan membeli makanan yang terdedah di pasar terbuka, Jika anda dapat melihat habuk dan partikal kecil yang berterbangan tentu anda akan terfikir buat kedua kalinya. Simpan makanan yang tidak dimakan di tempat  yang tertutup atau di simpan  dalam almari atau tudung saji .

4. Bagaimana untuk menjaga kesihatan kanak-kanak

  • Kanak-kanak yang sakit perlu diasingkan sementara daripada kanak-kanak yang sihat .
  • Kanak-kanak yang sakit , gatal dikulit , penyakit berjangkit , batuk kokol , campak , demam selesema perlu dijauhkan sedikit daripada kanak-kanak kecil . Pakaian mereka hendaklah direbus dengan air panas jika boleh
  • Mandikan kanak-kanak dengan kerap , tukarkan pakaian dan selalu mengerat kuku mereka supaya bersih .
  • Gunakan akal fikiran atau idea-idea bernas untuk membantu dan mengajar mereka tentang pentingnya kesihatan
  • Pastikan kanak-kanak memakan makanan yang baik untuk pertumbuhan akal dan tubuh badan yang sihat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: