Homeopathy Bersama Anda Di Tanah Suci Makkah; Haji

Mendapatkan Haji Maqbul dan Haji Mabrur adalah niat dan harapan setiap individu yang menunaikan fardu haji .Untuk mendapat apa yang di cita-cita kan ,anda harus sihat ,niat diperbetulkan dan melakukan dengan betul lagi sempurna.

Di musim haji ,kedaan mengejar ke Masjidil Haram, mengejar masa ziarah ,kejutan panas atau kejutan udara sejuk menyebabkan perhatian Jemaah haji mencari bantuan perubatan begitu terhad.Anggota jemaah haji sendiri tidak sempat menolong andainya ada dari anggota jemaah yang terlantar sakit. Masing-masing tergugat dengan kejutan semangat dan perasaan mengisi setiap luang masanya dengan ke Masjidil Haram dan sedikit waktu mencari buah tangan .Keadaan ini memaksa anggota jemaah itu sendiri tiada masa lapang untuk memerhatikan orang lain yang kurang sihat.Kalau ada pun hanya sekedar bertanya; Apa khabar ?.Awak sudahkah pergi berjumpa doktor ?.Pergi cepat jumpa doktor,nanti kalau sakit dah teruk, tak dapat buat haji.! Perkataan ini yang biasa disebut kerana masing-masing tergesa-gesa nak cepat ke masjid,takut tak dapat tempat di rawdah,takut tak dapat kucup Hajar Aswad ,bermacam-macam jenis kecepatan,kerana masing-masing sangat menggunakan setiap detik masa berada di Tanah Suci, Tawaf , Iktikaf,kerana berkat dan fadzilatnya tidak dapat ditempat lain.

Tujuan utama anda ke Mekah ialah untuk beribadah, samada ibadah HAJI atau UMRAH .Ibadah akan dapat dilakukan dengan baik bergantung kepada kesihatan anda. Menjaga dan mengimbangi kesihatan harus diberikan keutamaan.Anda harus pastikan dulu keadaan makan , minum dan rehat. Bermula dari kurang tidur,makan tidak menentu dan penat turun naik kenderaan, ditambah dengan kesesakan keadaan orang ramai, semua orang pasti letih dan penat, mula lenguh, kebas dan bisa-bisa tulang.Tiga hari pertama sesuaikan dulu keadaan sebelum bergerak aktif ziarah atau berebut-rebut ke masjid .

Keadaan hidup berasingan asrama ,lelaki dan perempuan,selalu timbul kes tidak diketahui oleh suami atau isteri.Masing-masing membual hal dan hanya memikirkan untuk segera ke masjid.Pendedahan diri dalam cuaca panas terik atau cuaca sejuk dan tiupan angin yang berdebu akan memberi kesan kepada kesihatan.

Merempuh panas terik tanpa menghiraukan kesihatan akan terjadi kejutan panas .Apabila kena Kejutan panas ,sakit yang biasa menyerang ialah sakit kepala dan demam saraf otak.Sakit ini bila keadaan panas memuncak.tanda atau semboyan sakit; sakit kepala mendadak, demam ,sakit menghentak-hentak,badan panas, muka merah, mata merah dan panas radang yang mencemaskan.Menimbulkan gelap mata, rasa terhoyong-hayang dan ada yang pengsan.Sakit yang menyerang dihari pertama atau kedua sebaik saja anda sampai di Madinah, dimana anda belum tahu dan belum kenal lagi dimana anda berada dan belum sempat lagi mengenal dimana pejabat Tabung Haji dan dimana Klinik Tabung Haji .

Jika musim sejuk,angin ini sejuk dan kering. Tiupannya menimbulkan kulit merekah, pecah-pecah. Mudah timbul bintit-bintit gatal di kulit,bertambah gatal bila kena tiupan angin yang berdebu.Gunakan cream kulit di sapu setiap pagi,petang dan malam sebelum tidur supaya kulit tidak pecah.

Selain sakit kepala, demam,mungkin terdapat penyakit batuk, sakit perut, sembelit, gastrik, muntah-muntah, berak-berak atau ceret-beret dan berak berdarah.Anda harus mempunyai persiapan ubatan yang dapat mengatasi dalam waktu kecemasan atau kadar segera.

Tip ringkas Sebelum dan waktu penerbangan

1.Nux. Vom –Ubat utama dalam semua keadaan. Nux Vom sangat berkesan digunakan selepas Acon atau selepas cocculus.Penawar saraf ,emosi dan konsentrasi.Elok mula memakannya sehari dua sebelum berangkat.

2. Ubat mabuk penerbangan- Cocculus-rasa muntah,timbul rasa nak muntah,mabuk atau rasa nak pitam. Cocculus harus diambil 2 atau 3 jam .Ambil 3 dos sebelum penerbangan dan 2 dos disaat mula pesawat bergerak.

3. Ignatia-berkesan selepas cocculus.Penawar Emosi, kerana perpisahan.Ambil 3 dos sebelum menaiki pesawat.

4. Tabaccum- Harus dibantu jika cocculus tidak berkesan

5. Acon –Diperlukan untuk sebarang jenis demam.Akhibat tekanan hawa dingin pesawat Terbang. Gunakan selepas 3 jam dalam pesawat.


Sampai di Jeddah

Ubatan yang harus disediakan dan harus dimakan sebaik sahaja tiba untuk mengatasi keadaan cuaca panas dan perubahan keadaan .

1. Nux. Vom –Ubat utama dalam semua keadaan .Sampai Di Madinah harus dimakan dahulu ,kerana kepenatan dan lanjutan berjaga sejak dari Kuala Lumpur. Tidur masih kekurangan. Letih dan perubahan cuaca

2.Acon –.Ubat ini sangat berkesan bagi kes Musim Dingin. Kejutan angin sejuk,angin yang bertiup kencang, menimbulkan hidung berair, mula diserang selsema dan demam

3.Gel.- Keletihan ,kurang tidur, kurang makan,rasa mengeletar,rasa bimbang.Sangat berkesan selepas Nux atau Acon.

Madinah,Makkah, Arafah, atau di Mina.

1. Nux. Vom –Ubat utama dalam semua keadaan . kepenatan,kurang tidur ,sembelit dan Letih

2. Bell-Kejutan panas yang menimbulkan sakit kepala, muka merah dan mata merah. Sakit berdenyut-denyut.Kejutan panas diluar ketahan jasmani.

3. Glon- Segera dimakan , lebih berkesan dari Bell.jika sakitnya menghentak dan sangat mencemaskan.

4. Ver. Vir – sakit kepala di pangkal tengkuk, Kes darah tinggi.Cerit-beret. Rasa bisa di perut

5.Mec Cor. –berlaku berak darah atau demam dan berak berdarah

6. Rhus – Kiranya anda mengidap sakit lenguh dan bisa-bisa tulang. Amat berkesan jika cuaca sejuk. Selangkan makan bersama Gel.

7.Bry -Kes sembelit, dahaga, bisa tulang,lenguh-lenguh otot .Berkesan digunakan selepas Arnica dan Rhus jika masih belum hilang rasa sakit.

8. Arnica –Kejutan Otot kerana banyak berjalan, otot tegang,lenguh kerana mengangkat barang.Ambil beberapa dos hingga hilang rasa sakit.

9. Dros- ubat untuk serangan batuk. Gunakan bersama Bell jika batuk tidak mengurang .Larutkan dengan menggunakan air zam-zam.

10. Ars.-Nafas mencungap atau sesak nafas boleh dimakan bersama Arnica. kes ceret-beret,keracunan makanan ,akhibat memakan makanan diluar kebiasaan anda., gelisah ,dahaga, selalu minum dan sukakan minuman panas. Demam sejuk tengah malam.

11. Gel.- Keletihan ,kurang tidur, kurang makan,rasa mengeletar,rasa bimbang.Sangat berkesan selepas Nux atau Acon.Demam akhibat angin sejuk kering, sejuk berjaga malam,kaki rasa lemah, menggeletar, tak bermaya nak bergerak

12.Kali ph- Lemah daya ingatan,lemah konsentrasi,kelupa-lupaan (weak memory). Penguat daya tahan saraf

13.Camph –muntah dan cirit- beret kerana pertukaran cuaca. Tak tahan sejuk.pesakit begitu letih

14. Baptis –Kena serangan demam, demam panas, badan terasa sakit-sakit dan mencemaskan


Nota:

Atikel  ini hak mutlak penulis. Tidak dibenarkan di terbitkan semula atau disalin di tempat lain tanpa kebenaran

2 Responses to Homeopathy Bersama Anda Di Tanah Suci Makkah; Haji

  1. Jawad Zia says:

    Unfortunately, Ican not see the complete contents of this site in English. But I can percieve that the site relates/ refers to Saudi Arabia. It is like a fresh breeze to Homeopathy. Once it has become possible to use neat and clean homeopathic medicines prepared on Radionic machines possibly Saudi Govt will allow rather encourage practice of Homeopathyin Saudi Arabia.
    To a Homeopathic Doctor like me who uses 100% alcohol free medicines prepared on Radionic machine for treating his patients, it will be a dream come true to work in a Homeopathic clinic in Jedda or Medina even on volutarily basis.

  2. Pingback: Faham Tentang Homeopathy « Refomasi Sihat's Blog ; Homeopathy

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: