Mengenali Perubatan Homeopathy

RINGKASAN HOMEOPATHY

Homeopathy, Satu sistem perubatan yang menggunakan falsafah cara seraksi: Suatu.rawatan yang menyembuhkan pesakit secara semula jadi iaitu mengubat pesakit dengan menggunakan penawar yang mempunyai gejala yang serupa (seraksi.)

Penawar-penawar atau ubat yang diberikan kepada pesakit akan
itu untuk mengambil tindakan penyembuhan ke atas bahagian yang sakit.Perubatan moden berasaskan kepada penyelidikan sains daripada pakar-pakar perubatan Homeopathy di seluruh dunia

Kaedah semulajadi ini telah dijumpai oleh seorang filasof dan seorang ahli perubatan pada kurun 400 sebelum masihi yang bernama Hippocrates. Pada tahun 1790, seorang ahli perubatan Jerman bernama Dr. Frederick Hahnemann telah menghidupkan semula kaedah seraksi ini dengan menamakannya Homeopathy. Dr. Hahnemann adalah Bapa Perubatan Homeopathy.

Dr. Samuel Hahnemann Seorang pakar perubatan dan juga Pakar Kimia. Ia di anugerahkan ijazah M.D. dalam tahun 1778.Dalam masa ia merawat,ia kenal benar ubat yang diberikan kepada pesakitnya ialah :Drug yang begitu membahayakan. Hati kecilnya berkecamuk. Daya penyembuhan ubat itu belum tentu dapat menyembuhkan sakit orang yang dirawatnya, tetapi kesan sampingan drug yang beracun itu tetap bahaya dan membahayakan.

Kesimpulan kajiannya, Bahaya kesan sampingan Drug yang dijadikan Ubat tetap Positif, tetapi kesan penyembuhannya masih samar-samar.Beliau berusaha mencari dan menjalankan pelbagai experiment, Akhirnya bertemu: Bahawa setiap setiap Ubat Berbentuk Drug ia boleh di hilangkan Kesan Sampingannya, Yang tinggal hanya daya Kesembuhannya (Curative). Usaha kajiannya berterusan, Daya penyembuhan ubat itu pula dipertingkatkan hingga berpotensi. Potensinya pula diperkuatkan dari masa ke semasa.

Hasil experiment ini membuktikan , benar Ubat Homeopathy tidak lagi mengandungi racun Tidak lagi mempunyai kesan sampingan . Ubat pula berpotensi.Anda akan menikmati kebenaran ini jika banyak membaca artikal-artikal dari seluruh dunia, mempelajarinya dan mengamalkannya. Anda dan keluarga akan menikmati ubat yang tidak mempunyai kesan sampingan , dapat melepaskan anak dan keluarga dari memakan ubat yang berunsur drug.

Dr. Hahnemann menjelaskan bahawa Ubat Homeopathy tidak harus disamakan dengan Ubat Traditional.Ubat Homeopathy berbentuk infinitesimal, halus, bertenaga danamik dan sekuat tenaga atom.Keberkesanan daya penyembuhan bergantung kepada bagaimana administrasi ubatnya, keadaan individu dan kes-kes yang berkaitan.Oleh itu Ubat Homeopathy tidak boleh dibuat seperti ubat tradisi atau secara tradisi memakan ubat.Terutama penyakit yang kronik seperti penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis. Penyakit ini mempunyai latar belakang yang amat berlainan dengan penyakit akuit atau kecemasan . Setiap individu mempunyai latar belakang yang tersendiri. Oleh itu seorang perawat atau doctor Homeopathy perlu mendapatkan identiti gejala atau symptom penyakit individu itu secara total atau selengkap-lengkapnya sebelum ditentukan ubatnya.

Penuntut Dr. Hahnemann terdiri dari pakar-pakar intelek di zamannya dan pakar-pakar ilmu jiwa.mereka menjadikan Homeopathy begitu berpotensi dan penyembuhannya begitu berkesan. Kini Homeopathy telah pun diterima dan diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Antaranya, Australia, England, Jerman, Perancis, Ceylon dan banyak lagi. Di England, Queen Elizabeth menjadi penaung London Homeopathic Hospital.

Antara nama Persatuan Homeopathy di peringkat antarabangsa:
1.United States Homeopathy Centre
2.British Homeopathic Association
3.International Homeopathic League
4.The Homeopathic Hospital And Stores (Pakistan)
5.Mehru Homeopathic College and Hospital

BAGAIMANAKAH HOMEOPATHY BERTINDAK?

1.Secara menyeluruh; bukan hanya di beberapa bahagian badan sahaja.

2.Pemikiran dan perasaan manusia dan fungsi-fungsi semua organ dalam tubuh badan manusia semuanya berinteraksi bersama dan penentuan penawar yang paling tepat akan mengambil kira ini semua.

3.Perubatan Homeopathy juga boleh merawat penyakit-penyakit kronik ini mungkin akan memakan masa yang lama daripada penyakit yang akiut.

ADAKAH HOMEOPATHY SELAMAT DAN BERKESAN?

1.Pemawar Homeopathy diambil daripada sumber alam , tumbuh-tumbuhan, mineral dan lain-lain bahan yang menyebabkan sesuatu penyakit .

2.Kesemuanya diproses dengan kaedah yg amat istimewa menjadikannya ia selamat dan berkesan Ubat Homeopathy- asli, suci dan selamat . kandungan tidak mengandungi dadah atau drug.

3.Tidak menimbulkan kesan ketagih atau kesan sampingan.

4.Selamat dan berkesan ke atas bayi, kanak-kanak yang menyusu dan ibu yang mengandung.

5.Rasanya yang manis-manis buah menyebabkan ubat Homeopathy begitu digemari oleh kanak-kanak.

6.Kejayaan perubatan Homeopathy ini dapat kita lihat di peringkat antaranbangsa di mana ia begitu meluaskan digunakan di German, Italy, France, Canada, India, Amerika, Pakistan dan China.

7.Di England pula, keluarga Diraja British telah lama mengamalkan perubatan Homeopathy sejak beberapa abad yg lalu.

3 Responses to Mengenali Perubatan Homeopathy

  1. ahmad ya'kob says:

    post ini sangat berguna, izinkan saya menggunakan kandungan di web saya.
    kredit akan diberi kepada web ini

  2. usamah says:

    info yang bagus…šŸ™‚

  3. Pingback: Faham Tentang Homeopathy « Refomasi Sihat's Blog ; Homeopathy

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: