Arah Tuju Seorang Doktor.

Seorang doktor tidak mempunyai tujuan yang lebih tinggi kecuali untuk memulihkan kesihatan orang yang sakit ,nilai murni ini ada dalam diri Doktor Homeopathy umumnya , mereka  menjalankan usaha “SENI PENYEMBUHAN      kepada  pesakit.

Kewajipan utama seorang Doktor Homeopathy ialah untuk menyelidiki seluruh keadaan orang yang sakit : sebab atau penyebab sakitnya; cara hidupnya atau kehidupan nya ;tabiat dari fikiran nya; gaya dan perangai dari sentimen nya ;pekerjaan nya;susunan bentuk tubuh nya dan gejala-gejala khusus dari masaalah yang dihadapi .Lebih dikenali “Apakah luahan hati pesakit itu”.

Luahan hati ini adalah kunci utama dalam rawatan Homeopathy yang sering diabaikan dalam lain-lain rawatan perubatan dan pengubatan.Inilah perkara penting pada pendapat Hahnemann sebelum cara perubatan Homeopathy boleh dilaksanakan dengan jayanya untuk merawat penyakit orang yang sakit.

Menurut Hahnemann, Doktor Homeopathy akan dapat menyembuhkan pesakit jika sejarah pesakit itu dapat diketahui dengan jelas sebelum menentukan penawarnya, atau sebelum pemberian ubat.Oleh itu ubat Homeopathy tidak layak dijual seperti ubat di Farmasi , kerana cerita pesakit dan sejarah yang berlainan walaupun sakit yang sama ;ubat atau penawar yang patut diterima adalah berlainan diantara satu sama lain. Sebagai contoh ;masaalah batuk.Dalam Rawatan Homeopathy terdapat 43 jenis ubat yang biasa digunakan untuk mengatasi masaalah ini. Bukan sekadar ubat batuk yang boleh dibeli di kaunter.

Ubat Homeopathy tidak sama seperti minyak cap kapak yang boleh di jual dimana sahaja.Untuk penyembuhan yang sempurna, perlu dipilih salah satu ubat dari 43 jenis tadi , yang paling sesuai dengan pesakit itu. Ubat-ubat tidak boleh diambil secara sendiri ( no self prescription in homeopathy) ianya harus diberikan oleh Doktor Homeopathy bertauliah mengikut simtomstologi.

Walau sekadar batuk , pesakit akan ditanya ; Sudah berapa lama batuk?; Bila masa paling kemuncak batuknya ?,Macammana gaya batuknya ?, jenis batuknya; kering atau basah?, warna kahak yang keluar ?,Waktu melarat atau bertambah sakitnya? Siang atau malam, ada yang jenis banyak bercakap, atau kena sejuk batuk akan bertambah.Begitulah contoh yang perlu diteliti sebelum menentukan ubat untuk pesakit.Pernah saya merawat seorang kanak-kanak perempuan , berumur 6tahun, yang mengalami penyakit batuk kejang selama Sembilan bulan tanpa henti. Pesakit telah mendapat rawatan sebelum ini di hospital, dilain- lain klinik dan lima klinik pakar,; akhirnya mencuba Rawatan Homeopathy, dengan tiga kali kunjungan dalam masa sebulan pesakit sembuh sepenuhnya.Tidak batuk, tidak muntah selepas makan , selera makan kembali pulih dan dapat tidur dengan lena, tanpa gaya tidur menungging, mengigau dan tanpa tidur mengetap gigi.Tidak lagi suka tidur ditempat sejuk dan makan makanan sejuk.

Oleh itu dalam perbicaraan pertama menulis kes, sangat diperlukan untuk mengetahui sejarah keluarga pesakit, bagi menentukan konstitusi yang diwarisi oleh pesakit serta gambaran umum kesihatan keluarganya. Sejarah hidup pesakit perlu diselidik; Apakah penyakit yang di deritai sebelum ini ; pembedahan, kemalangan; dimanakah tempat tinggalnya, penyelidikan khas berhubung dengan sakit yang dihadapai ditempat panas atau di negeri sejuk; Pembentukan kearah satu penyakit yang tertentu ; Berapa kali di suntik (inoculations)?; Kejadian yang membentuk jiwa, seperti terperanjat melampau, putus harapan, dukacita; Perkerjaan dan emosi semasa perlu diambil kira.

Kata kunci rawatan bila pesakit menyatakan keluhannya; Saya tidak pernah sihat sejak……………………”.Perkara ini sangat diambil berat oleh seorang Doktor Homeopathy.

Tiap-tiap penyakit mempunyai permulaan dan hanya penyelidikan yang teliti barulah di temukan sebab yang sebenar dari sesuatu penyakit itu.Bila ditemukan puncanya , insyaalah penyakit dapat disembuhkan sepenuhnya. Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati yang telah ditentukan oleh Allah.

Dr(H) Norhayati Jasman ,MDH (Sussex) , BHMS (MAhM/USU)


4 Responses to Arah Tuju Seorang Doktor.

  1. mazlina says:

    saya meminati utk mngetahui ttg rawatan homeopathy ni selepas di rekemen oleh bos sy. sy masih mencuba rawatan ni utk melihat kebaikkan nya dan mengharapkan sy akan sembuh dr sakit sy ni.insyaallah

    • homeopathy1 says:

      Tahniah kepada mazlina kerana membuka minda mencuba rawatan alternatif tanpa dadah/drug.Kesabaran perlu dalam membuat rawatan untuk sembuh.Yakinlah setiap penyakit itu adalah ujian dari Allah dan akan menemui ubatnya jika berusaha mencarinya.Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati yang telah ditentukan.

  2. siti says:

    As’salam Dr…bleh thu klinik Dr di mn?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: