Doktor kata penyakit misteri?

Kebelakangan ini, ramai pesakit yang rasa tak puashati dengan dirinya, walaupun telah menjalankan beberapa ujian kesihatan di klinik pakar dan hospital yang mengesahkan mereka ini sihat.

Memang secara zahirnya badan  sihat tetapi dalam rawatan Homeopathy  apa yang di fikirkan oleh otak itu diambil kira dalam rawatan .Selagi fikiran tidak tenang , bebas daripada fikiran yang menggangu pesakit itu ,ia masih lagi dikatakan sakit atau belum lagi benar-benar sihat.

Minda memainkan peranan utama dalam  aliran kehidupan .Kemurungan mithalnya akan meyebabkan tidak ada nafsu makan, bila ini terjadi pesakit akan mengalami sakit perut, masaalah sukar tidur dan bermacam-macam penyakit yang saling kait mengait.

Simptom-simptom penyakit yang melibatkan dengan minda, jiwa dan kerohanian ini  dikenali      sebagai MIND SYMPTOM

Masaalah kejiwaan dan kerohanian  atau mind symtom ini boleh dirawat melalui rawatan Homeopathy.Antara masaalah yang biasa dihadapi adalah seperti dibawah ini. Kiranya anda tergulung atau terperangkap dalam situasi begini dapatkan rawatan Homeopathy dengan kadar segera.

  • Putus asa, Pesakit yang telah kehilangan harapan untuk sembuh atau telah hilang kepercayaan untuk hidup.
  • Rasa buntu dan rasa bodoh, tidak boleh berfikir, pandangan dan pemikiran berubah menjadi berlainan daripada  kebiasaannya
  • Imiginasi luarbiasa seperti merepek, tak sedarkan diri, meracau dan berimiginasikan nampak orang hitam, terpandangkan hantu, Khayalan (hallucinations .) terpandang benda-benda ganjil. Merasakan ada benda lain dalam diri. Ilusikan  ada orang lain mengekorinya, Imiginasikan roh dan jasadnya berpisah .
  • Pesakit kelihatan takut dan tertakut-takut kepada benda-benda yang tidak kelihatan. Takutkan gelap, takut lampu padam, takut duduk dalam gelap, takut mati.
  • Takut dan payah membuat keputusan atau  mudah bertukar keputusan . Bebanan tugas yang tak kehabisan.Tekanan ( tense)
  • Berubah nilai diri  Berkelakuan tidak sopan, mendedahkan maruah . Hampir menjadi gila. Hidup berfoya-foya. Histeria. Gila sembahyang atau berdoa,berubah dalam cara berpakaian ,meniru pakaian tokoh agama yang warak walaupun sebelum ini tidak begitu .Rosak mental dan jiwa. Bercakap berterusan melompat dari satu topic ke topic yang lain.
  • Angan-angan, banyak fikiran merosakkan ingatan. Fikiran mengelamun berfikir hal yang tidak menentu akibat salah sendiri, akibat mudah tersinggung
  • Suka merajuk dan selalu penyedih, selalu dukacita dan gudah gulana. mudah tersinggung. Keresahan dan gelisah. Menangis sepanjang masa dan mudah menangis dalam semua hal.
  • Sensitif, cepat marah dan tak sabar, pembenci, garang dan pembengis. Suka bertengkar dan cari gaduh. Pendendam, perasaan marah melebihi batas.
  • Perasaan jemu hidup. Hendak mati dan hati kecil sentiasa hendak bunuh diri. Hidup dirasakan sebagai beban berat kepadanya.
  • Peminum arak, kuat merokok, menagih memakan ubat dalam bentuk dadah
  • Mudah terperanjat. Selalu gemuruh (Nervous) , melatah, Masaalah tidak boleh tidur.
  • Watak mudah berubah,  Orang yang begitu moody akibat tekanan perasaan yang berpanjangan, Kemalangan demi kemalangan, dugaan demi dugaan, tekanan fizikal yang teruk, di imbangi pula dengan tekanan perasaan. Suka bersendirian dan tak mahu diganggu. Watak yang payah di fahami, sulit di dekati. Seorang baik hati waktu sihat tetapi  berubah menjadi mudah sangat tersinggung walaupun perkara yang begitu kecil.
  • Watak  Kanak-kanak tidak boleh ditegur, walaupun teguran sebagai pengajaran mula merajuk, mengamuk, membaling botol susu, membaling bantal, membuang apa saja yang berada di tangan hingga tidak terkawal.
  • Perangai suka berbohong atau mencuri
  • Sakit akibat berita buruk, menyedihkan, menyinggung perasaan, akibat sindiran, kekasaran  dari anak, cucu, datuk ,nenek. suami  atau isteri, Remuk hati tidak mahu makan dan minum, terus sakit berpanjangan.
  • Kecewa, Emosi, cemburu, Cemburu dan prasangka tanpa sebab dan alasan. putus cinta, susah hati akibat putus cinta Gagal dalam hidup, gagal dalam peperiksaan dan gagal dalam perniagaan. Terkejut akibat kegagalan. Fikiran dukacita dan merana perasaan. Merasakan masa depannya gelap dan tak ada tempatnya lagi di dunia.
  • Kepala dan pemikiran: selalunya gila seks. Ingin seks berlebihan. Onani
  • Rasa rendah diri Merasa diri berdosa.. Dosanya tak akan di ampun tuhan. Merasakan telah banyak membuat dosa. Merasakan dirinya disingkirkan masyarakat, Mudah rasa tak puashati
  • Watak berlaku sombong, membesar diri. Merasa dirinya besar.Memandang orang lain lebih rendah darinya.
  • Kanak-kanak yang lembab belajar, penangkapan dan daya kefahamannya lemah.Kelemahan otaknya tak boleh berfikir, tak boleh menerima pelajaran, tak boleh faham dan tak dapat memberikan perhatian dalam satu-satu mata pelajaran.Ingatan lemah. Menulis selalu salah ejaan dan payah dapat memusatkan fikiran.
  • Hilang ingatan, tak dapat mengingat nama buku, nama orang, kawan-kawan, nama tempat. Tak boleh ingat angka dan pengiraan. Payah mengira dan membuat kira-kira.

777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777

Homeopathy  Remedies

Chronic anxiety disorders can benefit by treatment from a trained homeopath.

Aconite is the medication of choice if your anxiety is the result of a sudden fright or shock. If you are grief stricken (such as when one of your loved ones die), the homeopath may give you Ignatia In situations such as stage fright and other anticipatory and performance anxiety,Gelsemium  is recommended.

Begin with a 6x potency and take two tablets every two to four hours depending on the severity, or acuteness, of the illness. Once you begin to notice improvement, increase the intervals between dosages, and when it seems that improvement is well on its way, discontinue the treatment. If you use a remedy longer than necessary, it might tend to cause the symptoms to recur.

Take your remedy with a clean mouth free from drink, food, tobacco, toothpaste, or mouthwash. Allow the tablet or granules to dissolve in your mouth rather than swallowing them with water, and do not ingest anything except water for fifteen minutes after taking the remedy

HOMEOPATHIC MATERIA MEDICA
 pulsatilla
 kali phos
 Aconite
 nat mur
 silica
 gelsemium
 ignatia

One Response to Doktor kata penyakit misteri?

  1. Pingback: Faham Tentang Homeopathy « Refomasi Sihat's Blog ; Homeopathy

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: