Faham Tentang Homeopathy

Masih lagi yang ingin mengetahui apa itu  kaedah rawatan homeopathy ?. kegagalan memahami dengan tepat apa sebenarnya Homeopathy  menjadikan mereka takut untuk mencuba:

“Homeopathy perubatan tradisional  ?
Homeopathy , kaedah rawatannya sangat berbeda dari segi falsafah dan kaedah merawat berbanding  dengan rawatan tradisional.Homeopathy menggabungkan sains dan seni di dalam rawatannya. Ia melihat penyakit dan kaedah penyembuhan (termasuk penyediaan ubat-ubatan) di dalam perspektif yang unik bertunjangkan kajian sains dan analisa yang logikal dan berilmiah. Homeopathy tidak mengubal hukum-hukum perubatan berdasarkan agak-agakan semata sebaliknya melalui kajian ilmiah yang mendalam oleh mereka-mereka yang berpengalaman luas di dalam bidang perubatan moden. Malah pengasas Homeopathy sendiri adalah seorang doktor iaitu Dr. Hahnemann yang aktif bertugas pada awal abad ke 19. Kekecewaan beliau kepada apa yang dipanggil rawatan “moden” yakni rawatan kedoktoran yang ada hari ini menyebabkan beliau mencari kaedah lain yang menepati fitrah manusia itu sendiri. Kaedah rawatan tersebut dinamakan Homeopathy yang berasaskan kepada rawatan “Simila Similibus Currentur” yang bermakna “sesuatu yang serupa menyembuhkan yang serupa”. Di dalam bahasa mudah rawatan Homeopathy memerlukan kita melihat tahap kesihatan seseorang pesakit secara holistik (menyeluruh) pada suatu ketika dan memadankan gejala pesakit ini dengan gejala ubat-ubatan Homeopathy. Apabila ada “persamaan” ini maka berlakulah penyembuhan.
Ubat-ubatan Homeopathy disediakan di dalam makmal yang sempurna berasaskan kajian yang mendalam dan teratur, dan seterusnya didokumenkan dengan terperinci untuk kegunaan pengama-pengamal Homeopathy. Doktor Homeopathy bukan saja perlu mendalami ilmu falsafah perubatan, sains kemanusiaan dan kaedah rawatan tetapi juga cekap di dalam mendalami cirri-ciri ubat-ubatan Homeopathy. Pendek kata Homeopathy merupakan rawatan yang unik dan ia tegak berdiri di atas kekuatannya sendiri tanpa perlu dikaitkan dengan kaedah rawatan lain.

Homeopathy tidak saintifik ?”
konsep perubatan Homeopathy masih wujud sejak 200 tahun lalu dan semakin meningkat penggunaaannya. kegagalan sistem perubatan allopathy (perubatan kedoktoran “moden”) hari ini , menyebabkan orang ramai beralih kepada rawatan alternatif seperti akupuntur, singseh, ayurveda, tradisional dan juga Homeopathy.
Pengamal Homeopathy, sebagaimana juga doktor perubatan allopathy, perlu mendalami ilmu sains termasuk anatomi, fisiologi, biokimia, dan lain-lain yang berkaitan, dan ditambah dengan falsafah perubatan “Organon”, dan juga ribuan ubat-ubatan di dalam farmasi Homeopathy. Dokumen lengkap mengenai rawatan pesakit, penyembohan, penyediaan ubat dan sebagainya sejak dahulu hingga kini tersedia untuk diteliti dan dikaji. Bukankah itu  saintifik?

“Homeopati tidak berkesan dan penyakit lambat sembuh”
Berkesanan atau mujarabnya ubat Homeopathy sememangnya diiktiraf ramai. Rawatan Homeopathy tidak setakat menahan kesakitan semata (langkah paliatif) tetapi bertindak menyembuhkan penyakit. Banyak penyakit-penyakit yang biasanya dikatakan “tiada penawar” oleh doktor tetapi mempunyai alternatif pada Homeopathy .

Lambat atau cepat kesembuhan sesuatu penyakit itu bukanlah kerana kelemahan sistem rawatan Homeopathy tetapi kelemahan doktor Homeopathy itu sendiri. Doktor tidak dapat  gejala penyakit secara terperinci dan menyeluruh seperti kekerapan sakit, waktu serangan, gejala sampingan dan sebagainya juga  mengakibatkan doktor Homeopathy gagal memberikan ubat-ubatan yang tepat .

Sikap pesakit yang menganggap bahawa kaedah rawatan Homeopathy adalah sama dengan perubatan biasa adalah salah ! menyebabkan implikasi yang kurang baik dari segi kadar kesembuhan di kalangan pesakit.

“Kaedah Homeopathy menggunakan alatan modern”

Pelbagai “pembaharuan” yang diperkenalkan kepada kaedah rawatan Homeopathy sejak diperkenalkan 200 tahun lalu. Kebanyakan “pembaharuan” ini melibatkan aspek teknik mendiagnosis penyakit dengan alat-alatan moden dari German dalam kaedah penyediaan ubat-ubatan. Namun begitu aspek falsafah dan konsep rawatan Homeopathy tetap utuh dan sama sejak dulu dan akan berterusan sehingga ke akhir zaman kerana ia berkait rapat dengan fitrah manusia.

kecaman yang dilemparkan kepada Homeopathy  telah  wujud sejak zaman Hahnemann lagi dan masih  berterusan. Walaupun kemajuan Homeopathy yang pesat dengan kecemerlangannya di dalam menanggani pelbagai masaalah kesihatan dunia moden, kritiknya tidak juga kunjung padam. kecemerlangan khidmat rawatan ini telah terjawab dengan membuktikan dari segi praktiknya akan kehebatannya .

Apakah Itu Homeopathy?
sejak Homeopathy diperkenalkan kepada manusia. Pelbagai idea, teori dan kejayaan telah terpahat di dalam sejarah merubah kesengsaraan dan penderitaan pesakit. Penawar-penawar Homeopathy telah membuktikan kehebatan mereka di dalam menyembuh dan menghalang penyakit serta mempertingkatkan tahap kesihatan. Kejayaan demi kejayaan yang dicapai ini bukanlah melalui satu jalan yang mudah. Liku-liku pancaroba yang amat mencabar terpaksa diharungi dan akan terus didepani dari masa ke semasa. Tetapi satu yang pasti ialah Homeopathy akan terus tegak di persada kehidupan sebagai satu rawatan perubatan alternatif yang mujarab dan efektif. Keyakinan ini berasaskan kepada beberapa aspek penting kaedah rawatannya yang tidak didapati pada mana-mana rawatan perubatan lain dewasa ini.baca sejarah Pengasas Homeopathy, Samuel Hahnemann yang  mendapat ijazah perubatannya pada tahun 1779  dianggap sebagai seorang ahli sains yang serba berkebolehan.Hahnemann meninggal dunia di Paris pada tahun 1843 dengan meninggalkan mutiara yang amat berharga, satu falsafah dan kaedah rawatan yang begitu banyak bermanfaat kepada kesihatan manusia sejagat sepanjang zaman

.

Kaedah Rawatan Homeopati

Berdasarkan kepada keterangan di atas, jelas menunjukkan bahawa prinsip rawatan Homeopathy
ialah memadankan simptom (gejala) penawar dengan simptom pesakit (simptom pesakit dan BUKAN simptom penyakit!). Prinsip ini di panggil “Prinsip Seraksi” (Principle of Similars atau Similia Similibus Curentur).
Seorang Pengamal Homeopathy akan mendapatkan gambaran terperinci pesakit melalui perbualan dan penganalisaan simptom. Apa yang dimaksudkan dengan “gambaran terperinci” ini ialah butir-butir mengenai diri pesakit, sejarah penyakit di dalam keluarga, penyakit atau kemalangan masa lalu, minat dan hobi, bentuk dan jenis pemakanan, ubat-ubatan lain yang diambil dan sebagainya. Butir-butir ini tidak terhad kepada apa yang diucapkan oleh pesakit sahaja tetapi juga apa yang diamati oleh Pengamal Homeopathy seperti bentuk susuk badan, keadaan kulit dan anggota badan lain, cara dan nada percakapan, kecendurangan minda, tabiat, dan sebagainya. Semua ini membentuk “gambaran terperinci” pesakit.

Dan seterusnya  mencari “gambaran terperinci” penawar Homeopathy (daripada Materia Medica) yang menepati atau hampir menepati “gambaran terperinci” pesakit berkenaan. Tugas ini sangatlah rumit dan memerlukan kemahiran yang tinggi dan banyak kesabaran terutamanya kerana sedikit sangat kerjasama daripada para pesakit. Ini berkait rapat dengan salahfaham mereka mengenai Homeopathy atau menganggap sistem perubatan ini sama seperti rawatan di klinik atau hospital (dikenali sebagai sistem rawatan Allopathy) iaitu dengan memberi nama penyakit sudah memadai untuk mendapatkan preskripsi ubat.
Jika kita lihat betul-betul, kita akan dapati bahawa rawatan Homeopathy memerlukan gambaran keseluruhan pesakit di saat membuat diagnosa, dan ini dipanggil pendekatan secara holistik. Bukan sahaja aspek fizikal pesakit yang diberi perhatian tetapi juga keadaan mental dan spiritualnya diambil kira supaya penawar kelak akan lebih berkesan dan berkekalan.

Keistimewaan Homeopati

Sejak sekian lama Homeopathy telah terbukti hebat dan berkesan di dalam memperbaiki tahap kesihatan bukan saja manusia tetapi juga binatang dan tumbuh-tumbuhan. Secara ringkas, antara kelebihannya ialah:
1. Efektif – mampu merawat dengan mujarab hampir kesemua jenis penyakit.
2. Natural – tidak menggunakan sebarang bahan sintetik, tetapi sebaliknya menggunakan bahan-bahan asli daripada tumbuhan, galian dan bahagian binatang.
3. Selamat – penawarnya tidak toksid dan tanpa kesan sampingan.
4. Individu – penawar diberikan berdasarkan gambaran pesakit secara individu dan tidak disamaratakan antara semua pesakit walaupun penyakitnya kelihatan serupa.
5. Satu Penawar – hanya satu penawar sahaja diberikan pada setiap ketika.
6. Tidak Melarat – penawar Homeopathy  membantu sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit dan BUKAN mengambilalih tugasnya.
7. Dos Minima – dos penawar hanyalah setakat diperlukan dan selebihnya adalah tindakan semulajadi sistem pertahanan badan.
8 Holistik – seluruh gambaran pesakit diambil kira waktu memberi penawar.
9. Saintifik – walaupun banyak salah faham tentang Homeopathy, ia tetap diterima berasaskan kajian yang saintifik.
10. Harga Berpatutan – harganya berpatutan dan mampu dilanggani oleh semua.

Dapatkan buku Homeopathy 


One Response to Faham Tentang Homeopathy

  1. AllRightHealth says:

    Excellent post about Faham Tentang Homeopathy!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: