Prestasi Rawatan Homeopathy

ILMIAH HOMEOPATI 2015 Kesihatan adalah anugerah dan nikmat Allah yang paling berharga. Kesihatan dan perubatan memang suatu hal yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia bermula dari lahir hinggalah ke hujung hayat.Ilmu perubatan kian berkembang sehinggalah wujudnya pelbagai sistem, kaedah, pendekatan,dan pelbagai ubat-ubatan . Dalam penemuan, perkembangan, dan kemajuan ilmu perubatan itu, perubatan homeopati adalah antara kaedah perubatan Alternatif/komplementari yang terbesar dan semakin mendapat tempat dan pengiktirafan oleh Pelbagai pihak , termasuklah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Banyak penyakit yang tidak mampu diubati dengan cara tradisional dan konvensional dapat diatasi dengan perubatan Homeopati. Banyak institusi pengajian tinggi di dalam dan di luar negara yang menawarkan kursus perubatan homeopati sehingga peringkat ijazah. Namun, masih terlalu ramai rakyat Malaysia yang tidak mengenalinya, malah tersalah maklumat tentang homeopathy sehingga menganggapnya sebagai perubatan tradisional, mistik, atau herba.Hadirkan diri di International Applied Homeopathy  di Cyberjaya University Collage Medical Science ,( CUCMS) Malaysia Studio_20150420_123131[1] Perlu Pendedahan kepada semua pihak untuk mengetahui lebih lanjut: 1. Tentang konsep, prinsip dan falsafah homeopati dan kaitannya dengan kehidupan manusia dari aspek fizikal dan mental. 2. Menjelaskan persamaan dan perbezaan homeopati dengan perubatan-perubatan yang lain. 3. Mendedahkan remedi (ubat) homeopati boleh digunakan untuk penyakit atau masalah fizikal, juga untuk merawat masalah mental. 4. Mendedahkan ilmu homeopati kepada sesiapa yang berminat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: