Lemah Tenaga Batin

Bilangan lelaki berusia antara 40 hingga 70 tahun menghadapi masalah untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan. Penyelidikan menyatakan bahawa usia purata penghidap penyakit lemah tenaga batin atau erectile dysfunction di benua Asia lebih muda dengan penghidap di negara China bermula ketika berusia 42 tahun.. Secara rambang, kira-kira 100 juta lelaki di seluruh dunia dianggarkan menghadapi masalah lemah tenaga batin. Malah hampir sejuta lelaki di Malaysia akan menghadapi masalah tersebut.

Lemah tenaga batin dikaitkan sebagai ketidakupayaan yang berterusan untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan yang secukupnya bagi menghasilkan satu aktiviti seks yang memuaskan. Ia merupakan satu masalah yang meluas namun jarang diperkatakan di kalangan lelaki terutamanya di dalam masyarakat Asia.

Bagi masyarakat Asia, adalah sesuatu yang amat mengaibkan untuk memperkatakan tentang penyakit ini secara terbuka. Banyak beranggapan ‘kejantanan’ lelaki terletak pada kehebatan mereka di ranjang.”Lelaki yang mempunyai masalah lemah tenaga batin perlu mengambil langkah permulaan untuk mengetahui bahawa mereka tidak perlu menderita dalam diam.

Kebanyakan orang merujuk penyakit ini sebagai mati pucuk mungkin disebabkan anggapan negatif yang tertanam di benak mereka sejak sekian lama. Justeru kebanyakan lelaki mengelakkan diri daripada mendapatkan bantuan doktor. Sesetengahnya pula bimbang bahawa ujian yang dijalankan untuk mendiagnosa masalah lemah tenaga batin akan menyebabkan ketidakselesaan. Tambahan pula lelaki tidak tahu apa yang boleh diharapkan jika mereka mendapatkan rawatan dan akibatnya menimbulkan kekecewaan.

zs

Masalah lemah tenaga batin biasanya berlaku akibat gangguan vaskular yang menjejaskan bekalan darah ke zakar. Perjalanan darah boleh terganggu akibat pengerasan arteri (arteriosclerosis), diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolesterol dalam darah yang luar biasa tingginya. Diabetes (kencing manis) merupakan satu-satunya masalah utama yang boleh dikaitkan dengan lemah tenaga batin. Ia boleh menimbulkan kesukaran seksual lelaki pada sebarang usia melalui gangguan sistem perjalanan darah dan saraf yang terlibat untuk merangsang ketegangan.

“Selain berpunca daripada keadaan fizikal, keadaan psikologi juga boleh menyebabkan masalah ini. Ketegangan perasaan, bebanan kerja, keletihan, perkahwinan yang tidak harmoni juga boleh menyebabkan lelaki menghadapi masalah ketidakupayaan. Sebenarnya, masalah ini adalah masalah perubatan yang biasa dan lelaki tidak pernah keseorangan menghadapinya. Cuma, tanpa rawatan segera, ia boleh menyebabkan banyak masalah emosi yang seterusnya menjejaskan imej diri, hilang keyakinan, ketegangan fikiran dan masalah perhubungan suami isteri.

“Masalah kesihatan lain yang boleh menyebabkan lemah tenaga batin ialah gangguan neurologi seperti sclerosis , penyakit alzemir (angin ahmar) dan trauma akibat kecederaan pelvik atau tulang belakang. Pembedahan khususnya penyakit prostat dan terafi radiasi juga boleh menjejaskan fungsi tenaga batin sama seperti sesetengah ubat yang dipriskripsi untuk merawat penyakit seperti tekanan darah tinggi, ketegangan perasaan, penyakit jantung, ulser gastrik dan barah,”

“Terdapat beberapa pilihan yang kini tersedia untuk merawat masalah lemah tenaga batin  atas nasihat pakar dan pengubatan biasa. jika didapati penyebab fizikal bukan punca lemah tenaga batin, kaunseling dan psikoterapi boleh membantu meredakan masalah. Biasanya, bagi lelaki yang mengalaminya akibat fizikal dan psikologi, gabungan kaunseling dan rawatan suppliment sangat diperlukan .

Ubatan Homeopathy seperti Damiana Q  ,Agnus Cactus 6x ,Acidum Phos 6x ,Yohimbinum Q ,Caladium Segunium 6x, Lycopodium 6x ,Selenium 12x sesuai digunakan bergantung kepada symptom yang diberi. Makanan Tambahan dapat memulihkan terus pesakit dengan cara pemulihan metabolisma sel tubuh. Spray digunakan  untuk menegangkan  zakar sewaktu hendak melakukan hubungan seksual  sekali gus merangsangkan keghairahan seks .

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: